Monday, August 17, 2009

Ramadhan Menjelang Lagi (1)



Maksudnya: ''Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.'' (Al Quran surah Al Baqarah ayat 183)



serorang penjual tidak melepaskan peluang menjual pelbagai makanan seperti roti jala, mee goreng dan lauk pauk di Bazar Ramadan S14 Petaling Jaya

Hari ini ialah 26 Sya'aban 1430H dan empat (4) hari lagi iaitu pada hari Sabtu, 22/08/2009 tibalah 1 Ramadhan 1430H, maka seluruh ummat Islam di Malaysia akan mula mengerjakan ibadah puasa wajib selama satu bulan genap yang merupakan Rukun Islam yang ketiga (ke 3).

Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun walau pun menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita, ia sebenarnya merupakan satu mercu tanda dan isyarat kepada orang-orang yang ingin mencapai matlamat hidup yang tulin seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam ayat yang dicatitkan diawal tadi.

No comments:

Post a Comment