Sunday, August 16, 2009

Amalkan 7 Sunnah Rasulullah SAW

Adalah amat baik jika sentiasa diamalkan dalam hidup tujuh (7) sunnah Rasul SAW iaitu:

Pertama: sembahyang tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. .

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata melihat ayat-ayat Al-Qur'an terlebih dahulu yang dibaca dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat wsegala keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang berwudhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib ra, "Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau pun dia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, diampunkan dosa dan sayangi dia oleh Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat.. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus sentias ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah perilaku dan ibadah ajaran Islam lainnya.
Zikir juga merupakan mampu mendamaikan jiwa.

"Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang" - al Quran surah ar-Ra'ad ayat 28

No comments:

Post a Comment