Undi popular dalam Pilihan Raya 2013 menceritakan tentang generasi Bangsa Malaysia mengundi buat pertama kali dan melangkaui batas kaum akan tetapi bagi Barisan Nasional (BN), lebih menyenangkan untuk menyalahkan pengundi Cina daripada memastikan perpaduan dan mengakui strategi mereka gagal.
Hampir 13.3 juta pengundi membuang undi buat pertama kali pada pilihan raya hujung minggu lalu dan lebih cenderung untuk musuh BN, Pakatan Rakyat (PR) yang berikrar untuk menamatkan kronisme, perbelanjaan berlebihan dan rasuah.
Pengundi kali pertama ini, kebanyakkannya di bawah 30 tahun, membesar di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu melancarkan Wawasan 2020 pada 1991 dan bercakap soal Bangsa Malaysia yang bersaing melalui meritokrasi dalam negara membangun.
Mereka menyebabkan BN hilang tujuh lagi kerusi Parlimen berbanding Pilihan Raya 2008,133 daripada 222. Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih teruk lagi — BN mendapat 275 berbanding PR 230 daripada 505 kerusi DUN yang dipertandingkan.
“Mereka abaikan Bangsa Malaysia. Dan sekarang kamu lihat bagaimana generasi muda mengundi,” kata wartawan dan editor veteran Datuk A Kadir Jasin kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada BN.
Beliau menulis di blognya mengenai keputusan pilihan raya umum 5 Mei, mengatakan kelemahan prestasi BN menunjukkan penolakkan dari semua rakyat Malaysia dan bukan sahaja dari minoriti Cina.
“Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?” kata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya yang bertajuk, “Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?”.
Penganalisis dan ahli politik juga menolak teori “tsunami Cina”, mengatakan peningkatkan undi popular terhadap PR adalah berbilang kaum secara semula jadi dan disebabkan oleh peralihan dari pengundi bandar dan kelas menengah yang menyaksikan jurang bandar-luar bandar Malaysia semakin meluas.
Mereka juga mengatakan tajuk utama Utusan Malaysia yang dimiliki Umno dan BN ”Apa lagi Cina mahu?” adalah petunjuk jelas BN mencari momok luar dan memesongkan perhatian daripada pemimpin-pemimpin parti dan kegagalan strategi dalam Pilihan Raya 2013.
Pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan “tsunami Cina” menyebabkan kekalahan BN dibanyak kerusi pada awal pagi Isnin, disambung oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan kemudiannya diperkukuhkan oleh pemimpin MIC Datuk M. Saravanan semalam.
Dr Mahathir juga menyalahkan kekalahan itu kepada “Cina yang tidak bersyukur” dan “Melayu tamak”, selain dari mempersolkan ahli strategi BN di mana idea mereka gagal.
Akan tetapi pengkritik membangkitkan, Dr Mahathir secara aktif berkempen untuk BN, terutamanya dua calon Perkasa — Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas dan Datuk Zulkifli Noordin di Shah Alam, yang telah mencetuskan kemarahan bukan Melayu kerana kenyataan berbaur perkauman selama ini.
Kedua-dua pemimpin ini bertanding di kerusi Parlimen yang majoritinya Melayu akan tetapi kalah, bukti BN salah tentang Cina adalah punca utama kekalahan mereka.
Dr Mahathir, bagaimanapun, tepat mengenai ahli strategi BN, sesetengahnya yang mencadangkan serangan peribadi kepada pemimpin pembangkang, menakut-nakutkan dan memperlekehkan manifesto PR menggunakan pelbagai saluran media dan mendominasi ruang iklan.
“Menyalahkan DAP kerana mengelirukan pengundi mereka boleh mengubah kerajaan hanya menunjukkan bagaimana pintarnya ahli strategi DAP berbanding BN,” kata pakar hubungan awam, yang enggan untuk dinamakan.
“Ahli strategi BN ini hanya mahu menyembunyikan fakta mereka tersilap baca mengenai anak muda Bangsa Malaysia, jadi salahkan sahaja Cina yang tidak mengundi mereka,” tambah beliau.
Sumber dari “bilik perang” BN mengatakan tinjauan dalaman gabungan itu menunjukkan prestasi mereka akan lebih buruk dari Pilihan raya 2008, apabila mereka menang 140 kerusi. “Kami sentiasa sedar untuk mendapat di bawah 140 jadi 133 bukanlah sesuatu yang mengejutkan,” katanya.
“Adalah mudah untuk menyalahkan pengundi dan parti lain untuk kekalahan tetapi faktanya jentera pilihan raya kita gagal di sesetengah tempat sementara PR adalah lebih baik,” tambah beliau.
“Jentera PR adalah mengagumkan dan mereka bercakap tentang isu-isu dan hubungan kaum. Itu banyak membantu mereka,” kata pegawai bilik perang BN itu.
Buat masa sekarang, katanya adalah mudah bagi BN yang kecewa untuk menyalahkan DAP dan Cina, kuat menyokong mereka dalam pilihan raya 1999 selepas Dr Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dikatakan meliwat dan tuduhan rasuah menyebabkan protes selama berbulan-bulan.
Cina adalah 28 peratus dari 29 juta populasi Malaysia, dan kurang daripada separuh mendaftar sebagai pengundi. Di sebalik jumlah pengundi yang rendah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan peratusan keluar mengundi memecahkan rekod apabila mencecah 84.84 peratus.
Daripada jumlah pengundi itu, BN mendapat 5,237,699 undi untuk 222 kerusi Parlimen berbanding parti Pakatan Rakyat yang mengumpulkan 5,623,984 undi.
Gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP itu juga mengalahkan BN dalam undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila mendapat 4,879,699 undi berbanding gabungan 13 parti itu yang mendapat 4,513,977 undi.
No comments:
Post a Comment