Tuesday, September 1, 2009

Harga Minyak Petrol Naik

HARGA MINYAK NAIK SEBAGAI HADIAH MERDEKA
Isnin, 31 Ogos 2009

Pada malam ini Kerajaan Malaysia telah mengumumkan kenaikan harga minyak.
RON95 naik dari RM1.75 ke RM1.80 manakala RON97 naik dari RM1.80 ke RM2.05. kenaikan ini berkuatkuasa tengah malam ini, 1 September 2009.

Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada rakyat Malaysia.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.

Harga barangan keperluan harian sebagaimana biasa pasti akan naik menjelang hari perayaan nanti.

Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat.

Sementara itu banyak pihak menyatakan kenaikan harga minyak oleh kerajaan Barisan Nasional adalah kerana pemborosan kerajaan BN di dalam mengurus dana negara sehingga tidak mampu untuk menampung kenaikan harga minyak pasaran sekalipun ia bersifat sementara sepertimana yang berlaku di era Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM.

Namun ia juga petanda kejatuhan kerajaan UMNO BN dengan lebih cepat.

Minyak yang biasa digunakan iaitu RON97 telah tidak lagi dijual dikebanyakan tempat kerana digantikan dengan RON95 yang ternyata lebih rendah mutunya. Kita rakyat negara pengeluar minyak dipaksa menggunakan minyak yang bermutu rendah.

Berbeza dengan pengumuman yang dibuat pada bulan Mei lalu, harga yang dinaikkan pada hari ini lebih RM0.05 daripada yang dijangka.

Beban rakyat makin ditambah dengan laungan 1Malaysia sempena 52 tahun kita merdeka. Tidak ada bezanya kehidupan rakyat yang menderita pada hari ini dengan kehidupan di zaman dulu ketika penjajah mengaut keuntungan hasil dari sumber asli negara.

No comments:

Post a Comment