Wednesday, May 22, 2013

Kenyataan Oleh Setiausaha Akhbar Rumah Putih Tentang Pilihanraya Di Malaysia


[TERJEMAHAN]


Bagi pihak Presiden dan rakyat Amerika Syarikat, kami mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Najib atas kemenangan koalisinya dalam pilihanraya Parlimen pada hari Ahad, 5 Mei. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana peratusan keluar mengundi yang tinggi, dan juga kepada parti-parti pembangkang untuk kempen mereka, kerana pembangkang yang teguh adalah batu asas kepada demokrasi. Kami juga sedar bahawa berlakunya penipuan dalam proses pilihanraya, dan percaya bahawa ianya sangat penting bagi pihak bertanggungjawab menyelesaikan isu-isu yang berbangkit. Kami menanti hasil siasatan mereka. Amerika Syarikat akan meneruskan hubungan yang rapat antara kerajaan dan rakyat Malaysia demi mengukuhkan demokrasi, keamanan dan kemakmuran di rantau ini.

No comments:

Post a Comment