steadfastness, persistence and perseverance to survive, and to exist and co-exist peacefully
Friday, September 2, 2011
Tahlil Perdana Di Perkuburan LK, 2 Syawal 1432H
walau pun lebih berupa satu tradisi tetapi pengisiannya tetap berlandaskan hukum...itulah tahlil perdana di tanah perkuburan di Mukim Lipat Kajang setiap tahun pd hariraya kedua aidilfitri...bermula dari seawal tahun 1889 (ditanah perkuburan Permatang dekat Empang Semin) mengikut kata mantan TokPenghulu Hj Ghafar (Imam) ..... sampailah dibawa ke Tanjung Nyior...perbetulkan jika saya tersilap fakta...
tahun ini nampak agak kurang sedikit kehadiran berbanding tahun lepas, begitulah putarannya, tahun depan akan lebih ramai, namun tidak kurang 600 orang kecil besar tua muda telah hadir dengan jumlah kutipan wang sedekah mencecah RM7000, seramai 14 orang anak muda telah dikerah untuk membahagi bahagikan wang kepada kanak kanak semasa tahlil
ramai juga anak anak kampong yang sudah lama tidak balik ke LK dapat diketemu pada hari ini dan banyak tahlil-tahlil tambahan secara berkelompok disisi kubur-kubur arwah ahli-ahli keluarga terdekat yang sduah pergi juga diadakan oleh masing-masing, dapat dilihat juga 2 orang AJK Khairat Kematian duduk diperkarangan rumah wakaf (ditapak perkuburan) sibuk mengutip wang bayaran khairat kematian yang dibbuat oleh semua warga kampong dari dalam dan juga luar, sebanyak RM20.00 seorang setahun, sdr Tan Kamalun nampak gembira dengan kelancaran kutipan dan kerjasama dari penduduk manakala sdr Yahya Salim juga tidak kurang sibuk membantunya membuat kutipan.
saya telah juga mengadap kuburan-kuburan kedua arwah emak dan arwah ayah membacakan al-fatihah, surah Yaasin dan doa buat arwah emak dan arwah ayah saya, alhamdulillah senoga kedua-duanya terus berada dalam perlindungan Allah Azza Wajallla...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment