Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H





assalamu'alaikum tetamu kenalan kerabat yang menjenguk ke laman ini, apa khabar? diharap belaka semuanya dalam keadaan sihat walafiat dan penuh bertenaga, hari ini isnin 29 ramadan bersamaan 29 ogos ialah hari terakhir kita berpuasa dalam bulan ramadan tahun ini, dan diharap kita semua telah berjaya menyahut cabaran dari Illahi untuk memperbaiki diri kita dan mengukuhkan iman dan taqwa kita terhadapNya, kerana Dia telah memberi peluang selama satu bulan, untuk kita berbuat demikian, alangkah ruginya jika kita gagal atau kurang mengambil kesempatan dari madrasah ramadan, yang tidak berapa jam saja lagi akan mengucapkan perpisahan, sehingga berjumpa lagi ditahun hadapan insya'Allah jika diizinkanNya... sepanjang ramadan kita sepatutnya telah mengerjakan segala amal ibadat yang fardu dan juga yang sunat serta memperbanyakkan amal jariah kerana imbuhan pahala yang diberikanNya ialah sebanyak 70 kali ganda bagi setiap ibadah/amalan yang dikerjakan, berbanding sebanyak 27 kali sahaja di bulan bulan lain, maka apakah kita sudah mengambil kesempatan dari sikap teramat bermurah hati dan kasih sayang Allah Azza Wajjala terhadap makhlukmakhluk yang beriman?
ibadah wajib solat 5 waktu, berpuasa disiang hari (secara total bukan hanya sekadar dari lapar dan dahaga sahaja), dan membayar zakat fitrah, dan ditambah pula dengan ibadah2 sunat solat tarawih, menginfaqkan harta dan wang ringgt melalui penganjuran berbuka puasa, bersedekah, beramal jariah yang kesemua sangat dituntut dilakukan dalam bulan ramada tentu boleh menimbulkan banyak keinsafan dalam diri kita, dapat membantu memuhasabah diri sehingga dapat menjadikan kita lebih bersih dan suci dari dosadosa yang lalu, dan lebih beriman dan bertaqwa kepadaNya dan lebih berkehendakkan kepada Nya pada setiap masa, itu lah keberkatan dan fadilat yang patut kita peroleh dari bulan ramadan; kini ramadan akan berakhir setelah kita iftar (berbuka puasa) etang nanti, maka kita akan hanya dapat berdoa dan berharap agar kita akan berjumpa lagi dengan ramadan ditahun hadapan insya'Allah dan kita seharusnya bersyukur jika kita telah berjaya menyahut cabaranNya, walau sedikit mana pun, melaksanakan segala suruhanNya untuk kita kerjakan dalam bulan ramadan, alhamdulillah;
diharap diri saya sendiri dan juga kita semua telah dapat sedikit sebanyak memperbaiki diri dalam segala kelemahan dan kekurangan dan memperbaharui semangat kekuatan keazaman dan kemahuan untuk terus mengabdikan diri kepadaNya lebih kuat dan lebih bersungguh-sungguh melalui peningkatan iman dan taqwa serta tahap kesempurnaan dan kekhusyukan kita dalam mengerjakan segala suruhanNya.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN, marilah kita berhariraya dengan ceria dan gembira pada 1 Syawal dengan mematuhi segala rukun dan tuntutanNya supaya perayaan kita ini tidak tersasar dari tujuan dan matlamat sebenarnya iaitu merayakan kemenangan melawan gangguan syaitan dan godaan nafsu melalui madrasah ramadan.


No comments:

Post a Comment