Wednesday, October 6, 2010

Bila Mahu Dibersihkan?

Wang Yang Disatukan – Bila Mahu Dibersihkan?

oleh Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor

http://blog.drdzul.com/2010/10/05/wang-yang-disatukan-%E2%80%93-bila-mahu-dibersihkan/

“…………Persoalan yang hendak ditanya rakyat, khususnya umat Islam ialah : Sejak bila pulak UMNO pandai membezakan sumber rezeki halal dan haram? Sebabnya? Judi dan UMNO ini sinonim sejak azali lagi!

Sejarah merakamkan betapa UMNO mengingkari fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang pada tahun 1951 iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim (Ayahanda mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi) bahawa judi loteri adalah haram.

Ertinya halal dan haram dalam UMNO tidak pernah menjadi masalah sejak penubuhannya mereka lagi. Malahan, tumbesaran UMNO tidak sangat memperhitungkan halal-haram sejak Merdeka lagi.

Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam UMNO membantah loteri kebajikan adalah haram. Pemimpin UMNOtidak memperdulikan bantahan ulamak dalam UMNO, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951.

Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam UMNO supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan UMNO / BN meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada Syarikat Ascot Sport Tan Sri Vincent Tan Berjaya Group pada 6 Mei 2010 tetapi terpaksa digantung buat sehingga kini.

Peliknya kerajaan Negeri Pulau Pinang yang pertama mengharamkan judi bola sekaligus memusnahkan rancangan UMNO untuk membenarkan lessen judi bola di Malaysia. Kerajaan PAS lebih awal lagi tidak mengizinkan lesen judi di premis-premis di Kelantan setelah berbincang dengan semua tokoh agama-agama lain.

Isu pokok yang hendak diketengahkan ialah sumber pendapatan. Timbalan Perdana Menteri turut tumpang semangkok mengambil kesempatan untuk memukul kerajaan Pakatan Rakyat kononnya orang Islam cukup peka dengan sumber pendapatan mereka bukan dari sumber haram seperti judi.

Kalau benar TPM peka dan UMNO peka dengan sumber pendapatan perlu bersih dan halal, mengapa kerajaan UMNO/BN sejak berdekad lamanya masih mengumpulkan semua pendapatan dari cukai dan bukan cukai dari sumber yang haram seperti Cukai Dosa atau “Sin Tax”, rokok, judi, arak dsbnya masih tidak lagi dipisahkan bahkan disatukan dalam ‘Wang yang Disatukan’ atau “Consolidated Fund” di peringkat kerajaan Pusat?............”

No comments:

Post a Comment