Thursday, February 3, 2011

Segala Kebaikan Datang Daripada Allah SWT



Tuesday, February 1, 2011

Sekutu Israel Dijatuhkan Allah





Dari Harakahdaily.net

Kebangkitan Rakyat Mesir : Saat sekutu Israel dijatuhkan oleh Allah
Nik Abdul Aziz Nik Mat





Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambang kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.

Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.

...baca sepenuhnya di

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30663:kebangkitan-rakyat-mesir-saat-sekutu-israel-dijatuhkan-allah&catid=114:mursyidul-am&Itemid=116


Sekian, wasalam.

Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS.

Bertarikh : 27 Safar 1432H bersamaan 1 Februari 2011M



How The Muslim Deals with People




From Aishah (radhiyallah hu 'anhu) who said that a man sought permission to enter upon the Prophet pbuh, so he said:
Give permission to him and what a bad son of his people (or: what a bad man of his people). Then when he entered he spoke politely to him. Aishah said: So I said: O Messenger of Allah, you said about him what you said and then you spoke politely to him? He pbuh said: O Aishah the worst people in station before Allah on the Day of Resurrection are those whom the people desert, or abandon,, in order to save themselves from their evil speech.
(Hadis Sahih by Bukhari and Muslim)

So he treats a close friend in the manner befitting one for whom he has love... and he treats the clear enemy with caution and remains on his guard... and he treats the worst of people in a manner which does not make apparent to him what he thinks of him in his heart, and so on, each one is treated in the appropriate manner. This is from the knowledge necessary for giving dakwah, that he treats everyone in the manner befitting their varying inclinations and manners! It will also not be hidden that one of the best ways of cementing ties and improving relations is Visiting Brothers.



photo shows a gathering of people and is not relevant to the topic discussed












Hari Wilayah, Banjir, PRK Tenang dan RON97

Hari ini 1hb Feb 2011 ialah hari sambutan ulangtahun Hari Wilayah disambut di Kuala Lumpur (KL), Labuan dan Putrajaya, dan hari cuti umum di ketiga-tiga wilayah tersebut. KL menjadi Wilayah Persekutuan pada 1hb Feb 1974 dipisahkan dari Negeri Selangor. Labuan sebuah pulau di tepian Negeri Sabah, mengadap ke Laut Cina Selatan, telah menjadi Wilayah Persekutuan pada 16hb April 1984 manakala Putrajaya yang dulunya dikenali sebagai Prang Besar (sebuah kawasan estet di Dengkil Selangor) telah diisytiharkan sebagai WIlayah Persekutuan pada 1hb Feb 2001. Maka itu tarikh 1hb Feb setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Wilayah bagi ketiga-tiga wilayah tersebut walau pun Labuan sepatutnya menyambut "hari wilayah persekutuan"nya pada 16hb April...namun tidak mengapalah oleh kerana seluruh penduduk di KL, Labuan dan Putrajaya dapat bercuti pada hari ini dan bersantai di rumah atau ditempat-tempat peranginan bersempena dengan cuti umum panjang pada minggu ini.
Sebenarnya hari berkerja bagi ramai orang untuk minggu ini hanyalah pada hari Isnin 31hb Jan, malahan ramai pula mereka yang tinggal di KL, Labuan dan Putrajaya terutamanya yang mengambil cuti pada hari Isnin semalam dan pada hari Rabu 2hb Feb dan terus pergi bercuti selama satu (1) minggu bersempena dengan semua sekolah dan persekolahan ditutup selama satu minggu mulai hari Sabtu 29hb Jan hingga hari Sabtu 5hb Feb. Tentu seronok dapat bercuti lama dan beristirehat kerana pada hari Khamis 3hb Feb dan hari Jumaat 4hb Feb (dua (2) hari) pula ialah hari-hari cuti umum sempena Tahun Baru Cina 2011 menyambut ketibaan Tahun Arnab kaum tionghua. Jalanraya dan lebuhraya sudah penuh sesak sejah hari Sabtu lalu apabila ramai warga kota dan penduduk di Lembah Kelang dari kaum Cina, dan mereka dari lain-lain kaum juga, yang balik ke kampong masing-masing atau pergi menuju ke tempat-tempat peranginan seperti Port Dickson, Cameron Highlands dan lain-lain.
Hujan lebat yang telah turun tanpa henti, malah semakin lebat sejak dua hari lepas langsung tidak melemahkan semangat sesiapa pun untuk membuat perjalanan jauh samada memandu sendiri kenderaan atau dengan menaiki pengangkutan awam. Hujan yang turun sekejap lebat sekejap renyai juga menyebabkan ramai juga yang malas hendak ke mana-mana dan hanya dudok diam bersantai dirumah masing-masing. Namun bagi ramai ahli-ahli politik, penyokong-penyokong parti-parti politik, pemimpin-pemimpin politik, penggiat-penggiat pelbagai media cetak/elektronik/siber telah bertumpu ke dan berkampong di Tenang Labis Johor sejak dari 22hb Jan dulu lagi dimana telah diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi DUN Tenang (N05). Pada beberapa hari permulaan berkempen cuaca di Labis memang baik dengan menyaksikan berbagai aksi kempen mengempen untuk memenangkan calun masing-masing dari parti BN (UMNO) dan dari parti PAS. Akan tetapi sejak tiga atau empat hari lepas hujan telah turun di Labis tanpa henti sehingga menyebabkan banjir pada hari pengundian PRK Tenang pada 30hb Jan (hari Ahad) sehingga menyebabkan berbagai haru-biru dan kekecohan dalam usaha kedua-dua belah pihak untuk mempastikan kemenangan calun masing-masing walau dengan apa cara juga pun, dan keadaan banjir yang terjadi secara mengejut telah sedikit sebanyak menjejaskan proses pengundian. Akhirnya calun BN (Azhar Ibrahim) berjaya memenangi PRK Tenang mengalahkan calun PAS (Normala Sudirman) dengan majoriti sebanyak 3707 undi (6699-2992) daripada 14,753 atau 71.8% jumlah pengundi yang telah keluar mengundi walau pun dalam keadaan banjir dan hujan lebat.
"Kekalahan PAS pada pilihan raya kecil Dun Tenang tidak seharusnya melemahkan semangat petugas-petugas Pakatan Rakyat kerana ia berlaku sebagaimana yang telah dijangka." kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.



Sehingga ke saat ini hujan masih lagi turun tanpa henti dan air semakin naik menyebabkan keadaan banjir berlaku di banyak kawasan dalm Negeri-Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Di Labis (termasuk Tenang) keadaan banjir sangat mengancam sehingga banyak rumah kediaman, tanaman dan haiwan-haiwan peliharaan terjejas oleh air banjir yang telah naik ke paras tinggi. Ramai petugas-petugas PRK Tenang dari luar masih terperangkap di sekitar Labis dan Segamat tidak dapat pulang walau pun PRK sudah dua hari berlalu.
Seramai 46,000 orang penduduk yang terjeas oleh banjir dilapurkan telah dipindahkan ke kawasan-kawasan (penempatan sementara) yang selamat manakala tiga (3) kematian akibat banjir dilapurkan setakat ini - seorang di Chaah, seorang di Johor Bahru dan seorang lagi di Jasin.


Akan tetapi kejadian banjir pada kali ini, yang lebih kurang sama seperti pada tahun 2006 lalu, tidaklah mengejutkan sangat orang ramai kerana kuasa Tuhan tiada siapa yang boleh menghalang, ianya juga merupakan satu rahmat buat manusia supaya lebih muhasabah diri dan menginsafi akan segala kesilapan yang mendorong kepada kemungkaran.
Lebih mengejutkan ialah tepat pada tengah malam ini, seluruh warga lebih dikejutkan dengan kenaikan harga petrol RON97 sebanyak 10 sen lagi menjadikan harga baru sebanyak RM2.50 sen se liter. sepertimana yang telah diumumkan oleh sumber pihak Kerajaan. Kenaikan 10 sen se liter harga RON97 ini dilaksanakan dalam masa hanya 24 jam selepas PRK DUN Tenang.sehingga telah menimbulkan pelbagai tanggapan dan persoalan terhadap pihak parti pemerintah misalnya adakah kenaikan harga RON97 ini satu hadiah kemenangan PRK Tenang untuk rakyat/pengundi yang telah memilih (dan memenangkan) calun parti berkenaan?
Harga RON97 pada 2hb Nov 2010 ialah RM2.15 se liter, kemudian naik pada 1hb Dis 2010 ke RM2.30 dan naik lagi pada 1hb Jan 2011 ke RM2.40 dan pada hari ini naik lagi ke RM2.50 se liter.
Pada ketika ramai warga yang menggunakan kenderaan di musim cuti panjang begini, kenaikan harga petrol RON97 memang menjejaskan sedikit sebanyak bajet perbelanjaan mereka, dan pastinya tidak akan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh seluruh rakyat terutama yang berpendapatan kecil dan sederhana, malah menambahkan lagi kesempitan hidup apabila harga berbagai jenais barangan keperluan asas sudah semestinya akan turut naik secara mengejut seiring dengan kenaikan harga petrol RON97 bermula pada hari ini, Selasa 1hb Feb 2011...
Sungguh menghimpit kehidupan...