Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) menegaskan agama Islam tidak mengajar penganutnya untuk mengganggu tempat ibadat penganut agama lain.
Dr Mohd Asri, 42, yang dihubungi The Malaysian Insider bagi memberikan komen mengenai kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) serta rancangan berdemo di gereja Selangor, berkata walaupun semasa perang pun agama Islam melarang umatnya daripada menyentuh rumah ibadat.
“Dalam agama Islam, hatta dalam masa perang pun, orang yang sedang beribadat pun tidak boleh diganggu… inikan masa aman kenapa pula perlu diganggu?” kata Dr Mohd Asri.
Tengahari semalam, Jais menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia (BSM) di Damansara Kim dan merampas kira-kira 320 Bible berbahasa Melayu dan Iban.
Dua pegawai BSM iaitu pengerusinya Lee Min Choon dan Sinclair Wong diarahkan ke Balai Polis Damansara untuk diambil keterangan mereka dan hanya dilepaskan dua jam kemudian.
Dalam pada itu, Umno Selangor juga telah mendesak Pengarang Herald, Paderi Lawrence Andrew, menarik balik kenyataannya yang tetap mahu menggunakan kalimah Allah di semua gereja di Selangor.
Umno Selangor juga merancang untuk mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Lawrence di Klang pada Ahad ini sekiranya tidak tunduk kepada desakan mereka.
Ketua Umno Shah Alam, Azhari Shaari berkata kenyataan paderi itu bertentangan dengan enakmen syariah negeri malah ia juga melanggar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negeri itu.
Dr Mohd Asri menyifatkan rancangan tersebut bukanlah berlandaskan ajaran Islam bahkan tidak mengajar penganutnya menyentuh mana-mana rumah ibadat bukan Islam.
“Agama Islam tidak pernah ajar penganutnya berbuat perkara-perkara begini, tempat-tempat ibadat Islam ajar supaya tidak sentuh.
“Apa yang mereka lakukan tersebut bukan berlandaskan ajaran Islam,” tambah Dr Mohd Asri lagi.
“Jangan sentuh tempat ibadat bukan Islam.”
Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mujahid Yusof Rawa juga menggesa Putrajaya halang badan Islam keruhkan hubungan antara agama susulan kontroversi terbaru yang tercetus di Selangor baru-baru ini.
Beliau menyeru kerajaan merujuk Majlis Perundingan Perpaduan Kebangsaan yang ditubuhkan Kabinet baru-baru ini, yang dijangka mengadakan mesyuarat mengenai kontroversi penggunaan kalimah Allah pada Isnin depan.
Mujahid, yang turut dilantik Putrajaya sebagai ahli panel majlis tersebut, berkata insiden hari ini perlu dibincang pada mesyuarat itu.
Jelas beliau, badan agama Islam tidak harus bertindak oleh kerana isu penggunaan kalimah Allah masih dibicarakan di mahkamah.
http://anwaribrahimblog.com/2014/01/04/islam-tidak-ajar-ganggu-tempat-ibadat-agama-lain-kata-bekas-mufti/

Pendapat Anda
No comments:
Post a Comment