Naib-presiden Umno dan menteri dalam negeri yang baru, Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) menolak terus cadangan pembentukan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) oleh kerana wujudnya pertindihan dengan undang-undang yang sedia ada.
Katanya lagi, contoh beberapa pertindihan tersebut adalah seperti Akta Pencegahan Rasuah (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - SPRM), Akta Kanun Jenayah, Akta Kesalahan-kesalahan Di Luar Negeri dan sebagainya.
Untuk memastikan IPCMC tersebut tidak ditubuhkan oleh kerana tekanan pergerakan hak-hak sivil dan parti-parti pembangkang, kerajaan BN dan menteri dalam negeri tersebut menggunakan alasan yang sedemikian rupa bagi mematahkan terus tekanan tersebut. Alasan tersebut sememangnya tidak dapat diterima rakyat jelata.
Jika sekiranya terdapat sebarang pertindihan undang-undang yang sedia ada dengan cadangan pembentukan IPCMC, selaraskanlah undang-undang tersebut dengan lebih teratur agar kesemua bentuk pertindihan tersebut dapat diatasi bagi memberikan laluan kepada IPCMC untuk diwujudkan dengan segera.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai ramai pakar di dalam bidang perundangan dan undang-undang. Masalah di sini adalah, kenapa menteri tersebut enggan menggunapakai tenaga pakar tersebut dengan sepenuhnya bagi menyelaraskan segala undang-undang yang bertindih di antara satu sama lain.
Jangan kata IPCMC, malah banyak lagi undang-undang yang sedia ada bertindih di antara satu sama lain dan kenapa pula undang-undang tersebut diwujudkan pada mulanya? Ini menunjukkan bahawa KDN telah gagal mengkaji dengan teliti sebelum sebarang undang-undang baru diwujudkan. Dan apabila terdapat pula tekanan daripada pihak umum agar IPCMC diwujudkan dengan segera bagi membendung penyalahgunaan kuasa di dalam pasukan polis, KDN pula mengkaji dengan begitu teliti sekali bagi memastikan IPCMC tidak diwujudkan dengan menggunakan alasan pertindihan semata-mata.
Sebenarnya, pertindihan di antara undang-undang tidak menjadi masalah langsung. Ianya boleh dipinda untuk diselaraskan jika sekiranya kerajaan benar-benar positif di dalam hal tersebut dengan mengambil inisiatif untuk memperbetulkan keadaan. Akan tetapi, di dalam isu pembentukan IPCMC ini, kerajaan mengamalkan sikap sambil lewa dengan memberikan alasan yang remeh kononnya pertindihan undang-undang tersebut tidak dapat diperbaiki.
Selain daripada itu, pertindihan undang-undang juga tidak menjadi sebarang masalah jika sekiranya ianya digunapakai, bergantung kepada pihak mana yang menguatkuasakannya ataupun menggunapakai mana undang-undang tersebut dengan terlebih dahulu, di manakah kejadian tersebut berlaku, pihak manakah yang menerima laporan tersebut terlebih dahulu dan siapakah yang memulakan siasatan tersebut terlebih dahulu. Ianya juga bergantung kepada kebijaksanaan para pengamal dan pakar undang-undang yang sedia ada di dalam menentukan ke manakah halatuju dan objektif kes-kes tersebut yang diketengahkan.
Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) pada awalnya telahpun mengesahkan bahawa pembentukan IPCMC itu tidak akan menemukan sebarang masalah jika sekiranya kerajaan BN benar-benar ikhlas, komited dan serius di dalam perkara tersebut. Malah seorang hakim Mahkamah Tinggi pada hari ini turut menyokong agar IPCMC dibentuk dengan sekadar segera oleh kerana kes-kes salahlaku pihak polis kian bertambah.
Oleh yang demikian, pihak KDN, khususnya menteri dan para pegawai kanannya, adalah digesa agar tidak menjadi MALAS di dalam usaha untuk menyelaraskan segala undang-undang yang sedia ada bagi pembentukan IPCMC dapat dilaksanakan dengan seberapa segera yang boleh.
Adakah keMALASan ini suatu konsep "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/26/judge-in-favour-of-independent-police-commission/
ReplyDelete