Thursday, May 13, 2010

Keadilan Untuk Semua Rakyat

Program Juara Rakyat UMNO Kuala Krau
tulisan oleh Tuan Hj Suhaimi Said, Ketua PKR Cabang Kuala Krau Pahang, didalam blog beliau

Ditapak yang sama dimana Polis tak benarkan permit untuk aktiviti PKR, UMNO telah mengadakan programnya - Program Juara Rakyat.
Kawasan berdepan pejabat PKR Kuala Krau itu telah didirikan kanopi, berpuluh-puluh kanopi, sampai tak ada ruang untuk kereta dan motorsikal keluar masuk dari Pekan Kuala Krau ke Pekan Sari Lama.
Program itu dibuat dari pagi 11hb Mei 2010 hingga 12hb Mei 2010. Program paginya ialah Senam Erobok 1Malaysia. Makchik-makchik Puteriwa UMNO itu bukan main rancak lagi bersenam erobik, pandai betul menghayun pinggul, aii, UMNO lah katakan.
Kemudian ada pelbagai kaunter termasuk kaunter SPR, dan pelbagai sektor kerajaan dan semi kerajaan.
Pada sebelah malamnya ada pulak Forum Perdana. Maka ramai lah yang berketayap hadir untuk mendengar Forum Perdana untuk mendengar hujah-hujah agama. Tetapi apabila mereka mendapati hanya ADUN Jenderak dan Ahli Parlimen Kuala Krau sahaja yang menjadi Ahli Panel hadirin yang mahu mendengar ceramah ugama itu mulai meninggalkan majlis.
Sebahagian lagi mulai keluar dari Majlis apabila ahli-ahli Panel bercakap tentang politik memburuk-burukkan Pembangkang. Mereka datang untuk mendengar hujah, tetapi yang dihidangkan adalah isu politik separuh matang, mereka juga meninggalkan majlis. Yang tinggal hanyalah "hardcore" ahli-ahli UMNO, maka begitu kecillah hadirin yang kekal tinggal.
Ahli-ahli Panel itu membangkitkan isu politik didalam masjid kononnya pembangkang menggunakan masjid untuk politik. Adoih, alangkah dangkalnya ahli-ahli panel itu.
Politik itu adalah sebahagian dari Islam. Politik Islam wajib dilaungkan disemua tempat, baik didalam masjid mahupun diluar masjid, bahkan Rasulullah saw, merancang segala gerakan Islam termasuk isu perang dan damai dari dalam Masjid.
Maka kalau UMNO mahu menyingkirkan politik dari Islam, maka sesuailah pandangan mereka ini dengan pandangan agama Kristian yang disuatu ketika dulu menentang politik didalam gereja dengan berkata bahawa politik mesti dipisahkan dari gereja (agama) maka berlakulah poltik suku ugama suku dan lahirlah fahaman sekularisme. Maka, apakah bezanya pandangan UMNO ini dengan pandangan Kristian yang memisahkan politik dari agama?
Politik Islam tidak boleh dipisahkan dari Masjid. Yang perlu diketepikan dari masjid adalah politik kepartian seperti kegunaan Masjid yang dipolitikkan oleh Parti UMNO. Itu memang tidak boleh, apatah lagi apabila politik UMNO itu menyimpang dari politik Islam.
Malam tadinya "berdenting" ahli-ahli Panel UMNO itu bercakap tentang agama kononnya Pembangkang menyalahgunakan Masjid. Tapi malam ini, Majlis UMNO yang sama itu juga, akan menganjurkan Pertandingan Karaoke. Agama apa pulak yang UMNO bawa dengan Karaoke ni?
Lupakan sejenak kisah UMNO itu kerana takkan kita berjumpa dengan UMNO yang mahu mengenengah Islam sebagai Addin dan Islam yang bersumberkan Quraan dan Hadis.
Mari kita lihat tapak tempat UMNO buat program ni. PKR telah memohon berkali-kali nak adakan program ditapak yang sama sebelum ini dengan menetapkan waktu "selepas Isya' hingga jam 12.00 tengah malam". Tujuannya supaya program PKR ini dibuat selepas waktu sembahyang dan tidak ada mengganggu apa-apa aktiviti masjid.
Tempat ini adalah tempat yang sunyi. Tidak ada lalulintas. Kawasan yang tidak digunakan oleh sesiapapun. Semua kedai sederet di kawasan ini tutup sebelum maghrib dan tidak ada siapa yang tinggal dikawasan kedai itu. Maka kawasan ini sangat aman, sunyi dan sesuai untuk program "selepas Isya' hingga 12.00 tengah malam".
Penolakan permit polis peringkat awal dulu mengatakan kawasan ini berdekatan dengan masjid.
Penolakan demi penolakan seterusnya tidak lagi diberikan sebarang alasan.
Tetapi apabila UMNO mahu menggunakan kawasan yang sama alasan berdekatan dengan masjid itu langsung tidak terpakai dan UMNO menggunakan dari pagi hingga ke tengah malam, langgar semua waktu solat - zohor, asar, maghrib dan isya'. Tak pun Polis kacau, bahkan Polis memberikan berbagai jenis bantuan lagi.
Sikap yang jelas berat sebelah dan tidak demokratik ini disaksikan oleh penduduk Kuala Krau, dan mereka "menyampah" dengan sikap polis dan menyampah kepada UMNO dengan pertanyaan, "kalau PKR nak buat program tak diizinkan sedangkan UMNO boleh, keadilan jenis apa ni?"
Tetapi UMNO sudah mulakan "precedent". Maka selepas ini kawasan ini terbukalah untuk mana-mana parti politik menjalankan aktivitinya. Apatah lagi PKR kerana kawasan ini betul-betul berhadapan dengan Markas PKR!

http://lubokkawah.blogspot.com/2010/05/program-juara-rakyat-umno-kuala-krau.html

No comments:

Post a Comment