Thursday, October 7, 2010

Pemilihan KEADILAN 2010

oleh Hamdan M Salleh

Pemilihan 2010 nyata semakin menarik perhatian bukan sahaja ahli KEADILAN malahan rakyat Malaysia secara keseluruhanya terutama kerana kali ini sistem Satu Ahli Satu Undi akan dan telah dilaksanakan.

Semua 400,000 ahli KEADILAN kini boleh menentukan halatuju parti tersebut dengan memilih barisan kepimpinan yang mereka inginkan baik di Cabang mahupun di peringkat tertinggi parti.

Ini suatu peluang kepada ahli untuk menjadi pemangkin politik baru serta menentukan arah perjuangan KEADILAN terutama jika ingin melihat hasrat menuju ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat tercapai.

Setakat berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan Cabang pada 3 Oktober 2010, telah tiga tokoh KEADILAN menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden bagi Pemilihan 2010.

Bermula dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim, disusuli pengumuman Naib Presiden, Azmin Ali di Sabah serta terbaru penawaran diri seorang lagi Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub menerusi sidang medianya di Kampung Baru.

Dua calon lagi yang telah layak iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengarah Strategik KEADILAN, Tian Chua nampaknya belum menyatakan hasrat secara rasmi sama ada untuk turut memeriahkan pemilihan Timbalan Presiden atau tidak.

Pemilihan Timbalan Presiden kali ini adalah amat penting kepada KEADILAN dalam menjamin kesinambungan kepimpinannya.

Persoalan tentang pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal terjawab menerusi pemilihan kali ini. Ini kerana tokoh yang menang dan dilantik sebagai Timbalan Presiden KEADILAN akan memikul tanggungjawab yang amat berat kerana untuk tugas utama untuk tiga tahun mendatang ini adalah untuk membawa KEADILAN ke arah yang lebih kukuh serta perlu sentiasa bersedia untuk menjadi pengganti Ketua Umum serta Presiden parti.

Ini tentunya bukan satu tugas yang mudah. Semestinya beliau akan dibandingkan dengan Anwar. Perbandingan ini tentunya berlaku dalam semua segi terutama dari segi personalitinya, idealistiknya malah dalam semua aspek. Bukan mudah untuk menggantikan pemimpin yang sebegitu. Lebih mudah menjadi pengganti kepada pengganti tokoh besar itu.

Jika dilihat kepada calon-calon yang telah menawarkan diri, nyata mereka semua mempunyai kelebihan dan keupayaan masing-masing. Andainya pencalonan dari 204 Cabang yang MATC telah disahkan menjadi kayu ukur, sudah tentu Azmin Ali menjadi pilihan utama kerana beliau jauhmendahului dengan 102 pencalonan diikuti Datuk Zaid Ibrahim (33 pencalonan) serta Mustaffa Kamil Ayub (17 pencalonan).

Tan Sri Khalid Ibrahim dan Tian Chua yang belum menawarkan diri sebagai calon masing-masing mendapat 4 dan 5 pencalonan. Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah yang mendapat 3 pencalonan tidak mungkin bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden. Fuziah Salleh serta Nurul Izzah Anwar pula mendapat 1 pencalonan dan tidak melepas had 2 pencalonan yang ditetapkan.

Pemilihan 2010 jelas berbeza. Tiada lagi pucuk kepimpinan ditentukan oleh perwakilan. Semua 400,000 ahli KEADILAN kali ini adalah perwakilan. Ini tentu lebih merumitkan namun sangat baik dari segi amalan demokrasi tulen selain dapat meminimakan politik wang.

Amat sukar meramalkan kehendak ahli secara individu. Pencalonan mungkin boleh dijadikan petunjuk tetapi tidak kayu ukur yang baik. Jika MATC menjadi ukuran, situasi berbeza dapat dilihat. Umpamanya, Azmin Ali telah dicalonkan sebagai Timbalan Presiden oleh Cabang Petrajaya dengan menewaskan Mustaffa Kamil Ayub tetapi dengan kelebihan hanya satu undi di mana ahli yang turun mengundi adalah seramai 117 orang.
Cabang Putrajaya menyaksikan Mustaffa Kamil Ayub telah dipilih oleh ahli Cabang berkenaan untuk bertanding Timbalan Presiden. Jadi undi secara individu di sini sekiranya kedua-dua Cabang digabungkan tentunya memenangkan Mustaffa Kamil Ayub.

Tetapi jika di corak pengundian ini di Selangor di mana terdapat 150,000 ahli KEADILAN situasi tentunya amat berbeza. Tambahan pula Azmin Ali adalah Pengerusi Pimpinan Negeri Selangor.

Jumlah keluar mengundi di Selangor ternyata mengejutkan dan tidak konsisten. Cabang Kapar yang mempunyai keanggotaan seramai 5,000 anggota menyaksikan lebih 4,000 keluar mengundi. Lebih 2,000 dari 7,000 ahli KEADILAN Cabang Hulu Selangor pula keluar mengundi bagi MATC.


boleh baca selanjutnya di

http://suara-keadilan.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=84:pemilihan-keadilan-2010-satu-pandangan-berkenaan-pemilihan-timbalan-presiden-keadilan&catid=2:terkini&Itemid=2


The Muslim is Contented and Satisfied

From Abu Hurairah (radhiyallah hu ‘anhu) who said that Allah’s Messenger, Muhammad pbuh said:

Richness is not in having many belongings, but richness is the richness of the soul (contentment)

(Hadis narrated by Bukhari and Muslim)

So the greatest of riches that you can attain, O servant of Allah, is contentment of one’s soul, and having a contented heart and this will not be achieved except through humbling oneself before Allah, the one free and far removed of all defects, and calling upon Him in supplication and in placing reliance upon Him. So he whose soul is contented and rich will increase in his Devotion to the Religion of Islam.

Wednesday, October 6, 2010

Bila Mahu Dibersihkan?

Wang Yang Disatukan – Bila Mahu Dibersihkan?

oleh Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor

http://blog.drdzul.com/2010/10/05/wang-yang-disatukan-%E2%80%93-bila-mahu-dibersihkan/

“…………Persoalan yang hendak ditanya rakyat, khususnya umat Islam ialah : Sejak bila pulak UMNO pandai membezakan sumber rezeki halal dan haram? Sebabnya? Judi dan UMNO ini sinonim sejak azali lagi!

Sejarah merakamkan betapa UMNO mengingkari fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang pada tahun 1951 iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim (Ayahanda mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi) bahawa judi loteri adalah haram.

Ertinya halal dan haram dalam UMNO tidak pernah menjadi masalah sejak penubuhannya mereka lagi. Malahan, tumbesaran UMNO tidak sangat memperhitungkan halal-haram sejak Merdeka lagi.

Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam UMNO membantah loteri kebajikan adalah haram. Pemimpin UMNOtidak memperdulikan bantahan ulamak dalam UMNO, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951.

Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam UMNO supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan UMNO / BN meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada Syarikat Ascot Sport Tan Sri Vincent Tan Berjaya Group pada 6 Mei 2010 tetapi terpaksa digantung buat sehingga kini.

Peliknya kerajaan Negeri Pulau Pinang yang pertama mengharamkan judi bola sekaligus memusnahkan rancangan UMNO untuk membenarkan lessen judi bola di Malaysia. Kerajaan PAS lebih awal lagi tidak mengizinkan lesen judi di premis-premis di Kelantan setelah berbincang dengan semua tokoh agama-agama lain.

Isu pokok yang hendak diketengahkan ialah sumber pendapatan. Timbalan Perdana Menteri turut tumpang semangkok mengambil kesempatan untuk memukul kerajaan Pakatan Rakyat kononnya orang Islam cukup peka dengan sumber pendapatan mereka bukan dari sumber haram seperti judi.

Kalau benar TPM peka dan UMNO peka dengan sumber pendapatan perlu bersih dan halal, mengapa kerajaan UMNO/BN sejak berdekad lamanya masih mengumpulkan semua pendapatan dari cukai dan bukan cukai dari sumber yang haram seperti Cukai Dosa atau “Sin Tax”, rokok, judi, arak dsbnya masih tidak lagi dipisahkan bahkan disatukan dalam ‘Wang yang Disatukan’ atau “Consolidated Fund” di peringkat kerajaan Pusat?............”

Tuesday, October 5, 2010

Have I Told You Lately

Roderick David "Rod" Stewart, CBE (born 10 January 1945) is a British singer-songwriter born and raised in London, England and currently residing in Epping. He is of Scottish and English lineage.

With his distinctive raspy singing voice, Stewart came to prominence in the late 1960s and early 1970s with The Jeff Beck Group and then Faces. He launched his solo career in 1969 with his debut album An Old Raincoat Won't Ever Let You Down (US: The Rod Stewart Album). His work with The Jeff Beck Group and Faces proved to be influential on the formation of the heavy metal and punk rockgenres, respectively. Both bands were also pioneers of blues-rock.

With his career in its fifth decade, Stewart has achieved numerous solo hit singles worldwide, most notably in the UK, where he has garnered six consecutive number one albums and his tally of 62 hit singles include 31 that reached the top 10, six of which gained the number one position. He has had 16 top ten singles in the USA, with four of these reaching number one. He has sold over 250 million records worldwide, and is one of the best selling British singers of all time. He was voted at #33 in Q Magazine's list of the top 100 Greatest Singers of all time.

source: Wikipedia



Commonwealth Games 2010



Pemilihan PKR 2010, Pemulihan Dalaman Parti

Oleh Hamdan M. Salleh

4 Oktober 2010

http://suara-keadilan.com/

Unik. Itulah yang dapat digarap bagi memberi persepsi Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2010. Seluruh peminat politik negara nyata memberi tumpuan kepada satu proses yang belum pernah berlaku dalam amalan parti politik dan kepartian di Malaysia.

Ada yang memuji, banyak juga yang mengeji, belum dikira yang keliru dan setengahnya mengkritik tanpa memahami sedalam-dalamnya proses yang dijalankan.

Barisan Nasional terutama UMNO menjadikannya sebagai isu besar dan peluru untuk membedil KEADILAN. Rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat pula tertunggu-tunggu dan ada yang risau dengan proses penentu kesinambungan KEADILAN.

Memang ia unik. Mana tidaknya, barisan kepimpinan dari peringkat tertinggi hinggalah ke Cabang dipilih oleh setiap ahli yang keluar mengundi.

Satu Ahli Satu Undi. Pada asasnya, semua yang sah menjadi ahli serta menjelaskan yuran tertunggak pada hari mengundi layak memberi undi mereka kepada sesiapa jua calon yang mereka inginkan.

Keadaan ini sudah tentu menimbulkan situasi yang pelbagai. Timbul persoalan, apakah kesan kepada KEADILAN? Adakah PEMILIHAN 2010 ini akan mengukuh atau mengakibatkan KEADILAN berpecah hingga impaknya akan dirasai pada Pilihan Raya Umum ke-13?

Salah satu impak sudah pasti. Sama ada KEADILAN akan menjadi lebih kukuh sebaik tamatnya proses pemilihan menjelang November 2010 atau ia kembali berpecah dan mungkin lebih serius dari apa yang berlaku dalam Pemilihan 2001. Hanya masa akan menjadi penentu.

Namun, KEADILAN perlu melihat secara positif dengan proses ini. Bukan mudah untuk mengendalikan pengundian dua peringkat yang melibatkan hampir 500,000 ahli di 212 Cabang seluruh negara.

Secara am, KEADILAN tidak boleh dibandingkan dengan Umno, PAS mahupun DAP. KEADILAN sebuah parti baru. Usianya jika dimanusiakan hanya seorang kanak-kanak darjah 4 sekolah rendah.

Umno dan PAS usianya lebih lima dekad. Begitu juga DAP yang sudah amat matang. Malah, parti-parti “otai” yang muncul lama sebelum KEADILAN itu tidak melaksanakan pemilihan parti serumit ini.

Ini format baru. Setiap ahli ada kuasa mengundi seperti yang diluluskan dalam Konvensyen Khas KEADILAN 2009. Jadi, ia bukan suatu yang mudah untuk dijalankan.

Apatah lagi pelaksanaannya merangkumi seluruh negara di mana kita maklum bahawa KEADILAN bukanlah parti berakar umbi seperti UMNO dan PAS. Parti ini adalah parti dari atas ke bawah. Bukan bermula dari cawangan seperti kedua-dua parti tersebut.

Uniknya Pemilihan KEADILAN adalah ramai yang bertanding di peringkat tertinggi tidak mempunyai apa-apa jawatan atau tewas di peringkat Cabang. Contohnya Datuk Zaid Ibrahim, walau hanya setahun dalam KEADILAN sudah menjadi Ketua KEADILAN Wilayah Persekutuan layak bertanding pula jawatan Timbalan Presiden.

Malah beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan di Ranting dan baru dipilih Ketua Cabang. Uniknya beliau adalah Ketua KEADILAN Wilayah Persekutuan.

Mustaffa Kamil Ayub, Naib Presiden KEADILAN serta Ketua KEADILAN Perak tewas di peringkat pemilihan Cabang (MATC) Pasir Salak. Peliknya, Cabang yang menolaknya sebagai ketua pula mencalonkannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Unik bukan? Ini sudah tentu tidak berlaku dalam parti-parti lain. Mustahil keadaan ini berlaku dalam Umno. Datuk Seri Najib sudah tentunya Ketua UMNO Bahagian Pekan yang kemudiannya sudah semestinya memimpin negeri dan kemuncaknya menjadi Presiden UMNO serta meneraju BN.

Tidak mungkin diterima keadaan Datuk Seri Najib kekal sebagai Perdana Menteri seandainya beliau tewas dalam pemilihan UMNO Bahagian Pekan. Situasi ini tidak salah kerana sudah menjadi lumrah politik di Malaysia.

Ini nyata tidak terjadi di dalam Pemilihan KEADILAN. Keadaan yang sama tentunya berlaku dalam parti-parti lain yang ada di Malaysia.

Tetapi, apa yang berlaku dalam KEADILAN juga tidak salah. Malah jauh lebih baik dan telus. Ia adalah satu proses perjalanan demokrasi tulen yang diperjuangkan oleh KEADILAN sebagi sebuah institusi kepartian politik yang sah.

Jadi, adakah PEMILIHAN 2010 ini bermasalah?

Pertama, semestinya mempunyai masalah tetapi tidaklah bermasalah. Pemilihan parti manakah yang tidak bermasalah? Masalah dalam mengendalikan sesuatu acara atau agenda tentunya mempunyai masalah dan cabarannya tersendiri.

Apatah lagi dalam mengurus agenda organisasi seperti parti politik. Ianya normal sahaja. Jika dilihat secara statistik, Cabang yang bermasalah dalam pemilihan setakat akhir September cuma tujuh. Walhal, Cabang yang telah bersidang untuk mengundi lebih 200.

Ini bermakna hanya 4 peratus yang bermasalah. Itu satu jumlah yang rendah. Amat rendah. Jika pengundian se remeh Akademi Fantasia dan Malaysia Idol pun hangat dan panas, apatah lagi pemilihan kepimpinan politik. Tambahan pula semua ahli mengundi bukan perwakilan.

Kedua, dari sudut promosi. Pemilihan KEADILAN 2010 ini merupakan iklan percuma untuk memperkenalkan lagi parti ini kepada rakyat Malaysia terutama mereka yang bukan ahli.

Media cetak dan media elektronik saban hari menyiarkan pelbagai berita positif dan negatif berkenaan Pemilihan KEADILAN. Baik Sinar Harian, malah Utusan Malaysia dan Berita Harian mempunyai ruang khusus untuk itu. Sudah tentu ia iklan tidak rasmi kepada bukan ahli disebalik pengharaman Suara Keadilan yang belum tentu bilakah ia akan mendapat status halalnya dari pihak Kementerian Dalam Negeri.

Itu belum dikira pelbagai blog dan laman sesawang yang menyiarkan pelbagai berita dan artikel tentang proses unik ini. Hakikat yang perlu diakui oleh semua, ia menarik minat ramai rakyat Malaysia termasuk mereka yang sebelum ini tidak berminat dalam isu politik.

Ketiga, ia sebenarnya satu latihan dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Amati semangat berkobar-kobar mereka yang bertanding, yang menyokong dan yang mengundi.

Kempen bukan sahaja disertai pelbagai risalah dan sepanduk, ia turut penuh dengan adegan “panas” yang biasa kita lihat dalam pilihan raya.

Ramai yang terlibat dalam proses ini dan tentunya semangat berkobar-kobar ini sekiranya boleh diterjemahkan dalam Pilihan Raya Umum nanti pastinya memberi kesan positif yang amat besar kepada jentera parti dengan syarat “konflik adik-beradik” dalam keluarga besar KEADILAN ini dapat disatukan sebaik sahaja tamatnya Pemilihan 2010.

Jumlah ahli yang keluar mengundi terutama di Selangor amat mengejutkan. Cabang Kapar menyaksikan dari kurang lebih 5,000 ahli KEADILAN yang berdaftar, lebih 4,000 keluar mengundi.

Cabang-cabang lain juga menyaksikan jumlah keluar mengundi yang tinggi. Ini tentunya berita baik dalam usaha KEADILAN dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mempertahankan Selangor.

Mengapa Selangor penting? Kerana dari 500,000 ahli KEADILAN, sejumlah 150,000 atau 37.5 peratus ahli KEADILAN berada di Selangor. Ini juga bermakna KEADILAN sebenarnya tidak ketandusan ahli yang aktif.

Hikmah besar Pemilihan 2010 turut menampakkan ahli-ahli KEADILAN bukanlah sekadar dalam senarai di kertas. Pemilihan ini mengaktifkan juga mereka yang belum aktif, lesu dan mereka yang selama ini merasa cukup sekadar menjadi ahli biasa.

Keempat, Pemilihan 2010 ini membuktikan KEADILAN adalah sebuah parti yang ke hadapan, progresif serta tidak ketandusan pemimpin dari peringkat tertinggi hinggalah ke akar umbi.

Persoalan siapakah selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kerap timbul mungkin akan terjawab menerusi pertandingan jawatan Timbalan Presiden.

Calon-calon seperti Azmin Ali, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub bukan calang-calang kredibiliti mereka. Masing-masing mempunyai kelebihan pengalaman, karisma, pemikiran serta idea tersendiri.

Itu belum dikira tokoh-tokoh yang turut pencalonan seperti Tan Sri Khalid Ibrahim dan Tian Chua. Naib Presiden juga menyaksikan begitu ramai tokoh yang boeh dinilai dan kemudiannya diundi oleh ahli-ahli.

Ini turut berlaku dalam pemilihan peringkat Cabang yang mana bukan sedikit mereka yang menawarkan diri. Keadaan ini perlu dilihat dari sudut positif.

KEADILAN perlu melahirlan lapisan pemimpin yang pelbagai selaras dengan kewujudan KEADILAN sendiri sebagai sebuah parti yang merentas ras dan ideologi.

Budaya politik wang yang sentiasa menjadi barah dan bisul parti politik juga dapat diminimakan kerana proses Satu Ahli Satu Undi tidak memungkinkan para pemimpin yang bertanding ini mampu menabur sekian banyak wang kepada semua ahli untuk mendapatkan undi.

Justeru itu, Pemilihan KEADILAN 2010 adalah satu agenda penting untuk memperkukuhkan lagi KEADILAN. Atau dengan izin, Pemilihan 2010 adalah Pemulihan Dalaman KEADILAN terutama jika diambil kira peristiwa-peristiwa negatif yang melanda KEADILAN pasca Tsunami 2008.

Kali ini, ahli parti yang menjadi penentu. Ia satu proses yang penting dan bersejarah serta akan menjadi titik tolak usaha KEADILAN dan rakan-rakan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Dari kemunculannya sebagai Parti KeADILan Nasional pada 4 April 1999, kemudiannya penggabungan bersama Parti Rakyat Malaysia tanggal 3 Ogos 2003, disusuli pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim detik 2 September 2004 dan kemudiannya diperkukuhkan dengan politik Harapan Baru hingga membawa kejayaan pada Pilihan Raya ke-12; inilah gear lima kepada KEADILAN untuk mencapai hasrat dan cita-cita parti tersebut.

Bagi mereka yang bertanding pasti ada kalah dan menang. Namun anggaplah ia sebuah pertandingan sihat dalam keluarga besar KEADILAN.


Hamdan Datuk Mohd. Salleh merupakan ahli akademik di Univerisiti Industri Selangor (Unisel) yang mengkhusus dalam bidang sains politik. Kini beliau sedang menyiapkan tesis Doktor Falsafah yang mengkaji KEADILAN sebagai sebuah parti politik oposisi di Malaysia.

Monday, October 4, 2010

Jamuan Aidilfitri dan Ceramah PKR Cabang Kuala Krau

Pada 3hb Oktober 2010 bersamaan 24 Syawal 1431H telah diadakan satu majlis Jamuan Aidilfitri, sederhana tetapi meriah, dan juga Ceramah bermula dari jam 8.30 malam bertempat di perkarangan Pejabat PKR Cabang Kuala Krau di pekan Kuala Krau, Pahang
gambar-gambar, ikhsan http://lubokkawah.blogspot.com/




























sdri Fellicia Ling berucap di Majlis tersebut, Fellicia Ling ialah anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadlian Rakyat (PKR, beliau akan mempertahankan kerusi MPP nya pada Pemilihan MPP PKR 2010

















sdr Badrul Hisham Shaharin (CheguBard) berhujjah, CheguBard ialah calon PKR yang bertanding melawan Khairy J dlm PRU12 lalu di kwsn Parlimen REMBAU P131, CheguBard bertanding merebut kerusi Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR dalam Pemilihan PKR 2010